Sekiranya anda belum mencuba Edge pada PC, Windows 10 anda, sekarang mungkin adalah masa yang tepat untuk melakukannya kerana Microsoft Edge melancarkan beberapa ciri baru yang membantu meningkatkan produktiviti dan meningkatkan cara anda melayari web.
Setelah diumumkan pada bulan Mac tahun lalu, syarikat gergasi perisian ini akhirnya menyediakan ciri vertical tab (tabmenegak) tersedia secara umum. Dengan vertical tab, semua tab yang dibuka akan dapat dilihat dan dikendalikan dari panel di sebelah kiri penyemak imbas dengan satu klik.
Berbeza dengan Google Chrome dan browser lain yang menunjukkan tab di atas address bar (bar alamat), dengan ciri terbaharu Edge ini membolehkan anda melihat tajuk tab dengan jelas di panel yang terpisah untuk memudahkan mencari dan menukar antara tab tanpa mengira berapa banyak yang anda buka. Untuk mula menggunakan ciri baharu ini, pengguna perlu klik ikon tab menegak di sudut kiri atas Edge untuk mengaktifkannya.
Peningkatan sejarah dan permulaan
Setelah mendapat maklum balas daripada pengguna yang kehilangan hub di Edge lama, Microsoft telah memutuskan untuk menyusun semula menu ‘history’ di pelayarnya.
Sekarang apabila anda pergi ke sejarah di Edge, ia akan dibuka dengan lightweight drowpdown dari toolbar dan bukannya membuka paparan halaman penuh di ruangan ‘Setting’. Hasilnya, pengguna kini dengan mudah dapat mencari, membuka dan mengurus ‘history’ mereka tanpa perlu meninggalkan halaman semasa yang dibuka.
Microsoft menyedari bahawa kepantasan penting ketika bekerja dari rumah dan itulah sebabnya ia telah menambhabaik ciri peningkatan permulaan ke Edge yang akan memaksimumkan prestasi komputer anda dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membuka browser setelah peranti reboot atau ketika menghidupkan semula program.
Ciri baru ini dilancarkan bulan ini dan berdasarkan ujian awal syarikat, ia akan meningkatkan masa permulaan sebanyak 29 hingga 41 peratus. Rangsangan permulaan akan diaktifkan secara automatik apabila sudah tersedia.