Ramai diantara kita yang suka menonton video di Facebook dan ada video menarik yang kita ingin download, tapi bagaimana cara untuk mendownload video di Facebook.Kini fungsi video di Facebook sudah boleh bersaing dengan konten video di Youtube, walaupun bagi aku Youtube masih no.1 untuk konten video. Namum video di Facebook tidak kurang hebatnya juga.
Setiap hari semakin ramai yang berkongsi video-video menarik di Facebook. Pernahkah anda terfikir untuk download video yang menarik atau berguna di Facebook?Tetapi sayang Facebook tidak menyediakan atau membenarkan kita untuk download video-video tersebut, tiada fungsi khas tersedia untuk kita simpan video tadi di komputer mahupun di telefon bimbit kita.
Jangan risau, disini CI ada beberapa cara untuk membolehkan anda download semua video-video kegemaran anda ke peranti masing-masing.
Tanpa membuang masa, berikut adalah beberapa cara download video di Facebook dengan jayanya.
Cara Download Video di Facebook
Sebenarnya ada beberapa cara yang sangat mudah untuk muaturun semua video kegemaran anda di Facebook, samaada menggunkan aplikasi, software dan juga website downloader.
Secara peribadi saya lebih suka guna cara website downloader kerana kita tidak perlu install sebarang aplikasi atau software. Cuma copy and paste URL di laman web downloader sahaja.
Cara Download Video Facebook Secara Online
Ada banyak laman web yang menyediakan servis supaya kita dapat download video Facebook dengan mudah. Antara laman web kesukaan saya adalah fbdown.net dan savefrom.netCara ini paling senang dan cepat sebab anda boleh lakukan samaada di telefon dan komputer/laptop anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk muaturun video pilihan anda daripada facebook.
1. Log masuk ke akaun Facebook anda telefon/pc.
2. Pergi ke ruangan video yang anda ingin download.
3. Klik pada butang 3 titik dibahagian atas video, sila rujuk gambar dibawah.
4. Kemudian akan keluar beberapa fungsi pilihan. Kemudian klik pada ‘Copy link’.
5. Kemudian buka browser anda samaada Google Chrome, jika di telefon saya akan guna UC Browser untuk download.
6. Sekarang anda pula buka laman web fbdown.net atau savefront.net
7. Kemudian anda perlu paste link video tadi pada ruangan yang disediakan. Klik butang ‘Download’
8. Tunggu seketika sementara laman tadi sedang loading video anda.
9. Selepas itu akan dipaparkan link untuk anda download. Klik pada link ‘Download Video in HD Quality.
10. Anda akan dibawa ke paparan video yang anda ingin download. Untuk download video anda perlu klik pada ‘butang 3 titik pada bahagian tepi video, Klik download. Tunggu sehingga video anda selesai download.
Cara Download Video Facebook Guna Aplikasi
Seterusnya anda juga boleh download dan install beberapa aplikasi khas untuk download video di Facebook. Kaedah ini hanya untuk telefon android/iOS sahaja, tidak boleh digunakan pada komputer anda.
Caranya cukup senang anda hanya perlu download dan install beberapa aplikasi dibawah ke telefon anda.
Video Downloader for FB
Aplikasi ini anda boleh cari di Playstore/Appstore secara percuma. Anda cuma perlu taip ‘Video Downloader for Facebook’ kemudian klik install ke peranti anda atau klik link ini Video Downloader for FB
Setelah selesai proses install, anda buka aplikasi tadi kemudian log masuk ke akaun Facebook anda.
Anda boleh cari atau pergi ke ruangan video yang anda ingin download.
Klik butang ‘Download’ pada video tersebut.
Kemudian video tadi akan dimuaturun dan disimpan di peranti anda.
Beberapa aplikasi lain yang boleh anda installl dan guna untuk download video Facebook adalah Video Downloader for Facebook by InShot Inc dan Video Downloader for Facebook.
Kesemua aplikasi ini boleh didapati di Playstore dan Appstore. Kaedahnya hampir sama dengan langkah di tunjukkan untuk aplikasi ‘Video Downloader for FC’.
Sekian dahulu cara untuk dwonload video di Facebook, semoga anda akan enjoy kesemua video kegemaran anda.