Nama App Clubhouse secara tiba-tiba menlonjak, menarik perhatian selepas Elon Musk (CEO Tesla) menggunakan aplikasi ini mengadakan perbincangan dengan Vladmir Tenev (CEO Robinhood Markets.
Aplikasi ini sebenarnya sudah beroperasi sejak bulan 3 ,2020. Kira-kira setahun yang lalu, app Clubhouse yang dilancarkan oleh Silicon Valley ini hanya mencatat 1500 pengguna selepas 2 bulan ia dilancarkan.
Namum nasib aplikasi ini berubah apabila Elon Musk turut serta dalam Clubhouse. Rekod pada bulan Februari, 2021 Clubhouse sudah mencatat 2 juta pengguna. Nilai aplikasi ini juga melonjak naik daripada US$100 juta pada bulan Mei 2020 kepada US$ 1 Billion buat masa ini.
Jom kita kenali lebih dekat tentang app Clubhouse ini yang sedan meningkat naik popularitinya.
Apa Itu Aplikasi Clubhouse?
App Clubhouse yang sedang ‘panas’ atau viral sekarang ini adalah sebuah laman web jaringan sosial yang berasaskan perbualan suara (audio chat) yang mula beroperasi pada tahun 2020.
Developer aplikasi sosial yang baru ini adalah Silicon Valley yang dibangunkan bersama oleh 2 orang bekas staf Google iaitu Paul Davison dan Rohan Seth.
Melalui app Clubhouse para pengguna berpeluang mendengarkan perbualan, wawancara, konferen dan diskusi yang dilakukan oleh orang-orang yang penting untuk pelbagai topik.
Semua pengguna akan menemui chat rooms yang hampir sama seperti teleconferen, dimana beberapa orang akan menjadi speaker, sementara orang lain akan terlibat sebagai pendengar. Chat rooms tersebut akan tertutup disaat perbualan sedang berlangsung didalamnya.
Aplikasi menarik ini buat masa ini hanya tersedia secara ekslusif di plaform iOS sahaja. Namum begitu pihak Silicon Valley sudah menyatakan bahawa mereka akan bawakan juga Clubhouse kepada pengguna Android pada masa akan datang.
Cara Menggunakan Aplikasi Clubhouse
Sepertimana yang anda sudah tahu tadi aplikasi ini hanya untuk pengguna iOS/iPhone. App Clubhouse ini juga tidak boleh didownload begitu sahaja kerana anda perlu menerima undangan daripada pengguan yang sudah berdaftar.
Undangan yang menyertai Clubhouse didatangkan daripada link pendaftaran yang dihantar melalui short massage. Anda perlu klik pada link undangan itu dan menuruti arahan seterusnya untuk menjadi pengguna Clubhouse.
Setelah berjaya membuat akaun di Clubhouse, selepas itu anda boleh mencari dan memilih topik kegemaran anda seperi teknologi, buku, bisnes atau kesihatan. Semakin banyak pilihan anda semakin banyak ruang chat room yang akan di rekomen kepada anda.
Anda juga berpeluang untuk menjemput rakan anda untuk menyertai Clubhouse. Namum pada awal ini anda hanya boleh menghantar 2 jemputan sahaja.
App Clubhouse dilihat tersangat eklusif pada ketika ini. Namum ada kenyataan di blog mereka, aplikasi ini akan tersedia kepda semua pengguna.